Tuesday, 31 March 2015

singgah la kejapp eaaa

Assalamualaikum.

dah lama rasa aku tak bertapak di laman blog yang tak berpenghuni hari demi hari. ini merupakan entry pertama bagi tahun 2015, aku tak mau jadi mcm tahun lepas, satu entry ja yang aku berjaya post. ok kawan2, pokok utama kiriman pos ni adalah aku nak promote skit event yang diorganize oleh pusat pengajian aku iaitu PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN, USM. 

okeh hari jumaat ni pada jam 8.00 malam, jemputlah datang beramai-ramai ke Dewan Utama Universiti Sains Malaysia in bracket DEWAN TUANKU SYED PUTRA. nama event kitorang ni "KONSERT MALAM TRANSFORMASI KALBU" yg bertujuan untuk  mi

Mengisi santapan rohani pada malam penghulu segala hari dengan alunan zikir-zikir dan Qasidah bagi memuji Nabi Muhammad S.A.W.

kitorang jemput kumpulan Nasyid QATHRUNNADA mlm nanti untuk buat persembahan. kalau student USM tiket boleh didapati dgn harga RM3, staff RM5 dan org awam RM10. jemputlah datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi event malam tu yeaaa. 


ohh yeaa, ade lagi satu perkara lupa nak bagitauuu. malam tu nanti ada 25 lucky draw disediakan, dan hadiah utama adalah 3 gold bar. mcm best je? mcm best je? haa meh la join, kalau2 la bertuah malam tu nanti boleh dapat satu gold bar yea. untung kan. heheh.


okeh settle bab promote.

hmmm. hal penajaan lagi satu masalah, susah nya nk dpt kn sponsorship. dan aku, ini la bidang yang aku paling malas. RKM pon kna berkerja under bidang ni jugak. tah la, dari dulu mmg cuba nk elak. tp dpt gak, takpala. sekurang-kurangnya aku ade pengalamna. kan?

dua minggu ni jugak kami busy bertugas untuk jaga booth. even busy dgn kelas, assigment etc. etc. we all tetap usaha cari masa untuk laksana kan tugas yg diberi. haaa part yg jaga booth jual tiket ni yg nak cita pnjg skit ni. tapi semua nya tentang aku. hahahaha. mcm yg aku penah update kat wechat kan sebelum ni. aku mmg takde langsung bakat utk jd marketer ke, promoter ker. ahh kirim salam jela byk2. aku ni tak tau la. malu ke hape. aku mmg tak reti langsung nk promote terpekik terlolong pgl org suruh beli tiket. bukan ape, kadang tu bila kita ajk2 org beli tiket, org lalu je, pandang pon tak. sedihhhh benor. tapi kan tapi kan. kwn aku kata normal la tu kita sebagai marketer. mmg hati kena kering beb. buat tak tau jaaa even customer buat derk je ms ko tengah pekik2 promote brg kau.

fikir. betul la tu kan, tapi kan aku mmg tak berminat. nak buat cane tuh. hari prtama jaga booth memang aku dok keras kejung jela. hahahaha. diorg2 yg lain jela yg dok bsing2 kat situ cri customer. ok xpela, tpi semalam bila aku kena jga booth sorg2, bru tahu mcm mne kan. rs mcm krik3 je. tapi bila takde org tu, tau pulak aku buat kje. spanjang aku dok sorg2 tu, dapat la jugak 5-6 customer. haha. hebat tak hebat tak. haaa makna nya kat sini kita sebenar nya boleh. tapi kita ni tak yakin dan suka fikir negatif atau suka fikir org akan mengutuk kita, tapi mmg pon. kucing gemok dan kucing tamtam tu suka kutuk aku bila aku ckp "konsert nasyid RM3, jumaat malam, datanglah beramai-ramai". pastu dorang ejek2 aku. mnyampah nya. maluu aku. hahaha. sebab tu aku malas. diorg tu pon sme je. yg kucing gemok pndek tu suara tersekat kat tekak nk kutuk2 aku pulak yea. hahahahaha. sama je ngn kucing tamtam tu. bon2 pulak suka je suruh aku..... "yatt, ce try sekali je aku nk dgr ko ckp. sekali je. sekali je". esok aku buat yeaa. tadi tak sempat sebab jaga booth sejam je. huhu

sekian~ wassalam

No comments:

Post a Comment

ekspressi seorang aku.copyright