Saturday 23 February 2013

Membebel itu satu kepuasan


Assalamualaikum dan hello rakyat jelata sekalian. Erm harini aku bercadang nak tidow lambat skit..nila yg dinamakan takde keje carik kejeeer. Sebenarnya, aku tak tau nk ulaskan apa pasal tajuk yg dah aku bentangkan malam ni. urrrrmmmmm. Ok mula jelah.. korang setuju tak dgn statement aku tu? “membebel itu satu kepuasan?” puas aku cari, apa sebenarnya seronok membebel ni? bila aku fikir-fikir aku observe-observe sendiri, aku pun jumpa jawapan diaaaa. Tudiaaaa.. puas tau tak kalau kita dah membebel dan berletiaqqq bak kata org utaraaa nun.. hehe.. ermm dulu ms aku dlm umo 11 ke 12 tahun, telinga aku ni tahan lagi bila dengar mak aku dok berletiaqq tapi aku mula sedar, bila umo aku meningkat ke angka 14,15 tahun dan ke atas, telinga aku mula dah rs panas dan tak tahan dgr mak aku membebel. Ohh sakit nye, boleh menanah telinga aku ni haaa. Haha. Aku sendiri tak fhm, ms tu aku rs mcm knape aku boleh berubah, aku rs nak stay je ms umo aku 11 tahun kalau mak aku tengah berleter..ms tu aku agak,, telinga aku kebal kot..kehkehkeh.. tapi bebelan mak aku tu mmg berkaitan dengan kesilapan aku ponnn..dah,, sekarang ni,, pengajaran yg aku dapat…aku mesti buat sesuatu kerja atau perkara tu dgn menunjukkan prestasi semaksimum mungkin…so that, mak aku puas hati n tak de berletiaqqqq pnjgg..hihihihi…erm skarang ni…aku plk yg take job membebel kat adik-adik aku kalau ade bnde yg tak kenaa..hahaha…memang ianya memberi kepuasan ye tuan-tuan dan puan-puan…kih3….patutla org tua aku suka membebel..org tua kamu, kamu dan kamu juga begitu bukan? Membebel utk kebaikan, takpe.. yg baik jadikan teladan dan yg buruk kita jadikan sempadan.

wake me up..when september end...


"Summer has come and passed
The innocent can never last
wake me up when September ends

like my father's come to pass
seven years has gone so fast
wake me up when September ends

here comes the rain again
falling from the stars
drenched in my pain again
becoming who we are

as my memory rests
but never forgets what I lost
wake me up when September ends"
-GREEN DAY-


Time has come. What is done is done. It’s time to move on.
To another place, another space.
Maybe circiling some other sun.
Don’t ask why, don’t ask how. I still can’t explain.
To say goodbye for now till I see you again.

''Satu hal yang menyedihkan dalam hidup, ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, tetapi pada akhirnya seseorang tersebut tidak ditakdirkan untuk bersama kita, sehinggakan kita dengan berat hati membiarkan nya pergi dan berlalu.''

Friday 22 February 2013

30 januari 2013.


Andai diberikan emas permata, kupilih senyumanmu… danial..
Ecececeh..berjimba sakan Nampak…ekekeke..aku pasti danial tak kan jumpa blog aku ni.. dan klau bukak pun 99% dia tak faham apa yg aku tulis ni.. hahaha.. Danial? Apakah?  Siapakah?
Hihihi. Actually malam ni aku bukan nak cite siapakah danial? Dari manakah muncul nya beliau? Apa kaitannya dengan aku etc2. Bukan, bukan. Sebenarnya, malam ni, tarikh ini dan jam ini, 11 : 54 malam. Aku nak cite pengalaman aku pg temuduga. Amacam? Menarik kan? Bukan sume org ade tau…errrmm sebelum2 ni aku ade jgk pegi temuduga, tapi mostly informal..anddddd bila kena yg temuduga formal..aku rs aku nak kongsi la kat blog ni…even cite ni dah basi, dah lapuk… ahhh basi tak basi, lapuk tak lapuk…..ni blog aku, jadi..hak menulis hak aku… erm baru la nmpk entry blog aku ni ade warna-warni skit..ahaiiiii..
Erm. Seblum tu, aku nak cite psl pngalaman temuduga aku ni bkn sebab nak show off ke, sbb dh takde modal nak cite bnde len ke ape..tapi aku nmpk satu faedah di situ..sekurang-kurangnya, kalau ade org2 yg tercari-cari pengalaman pertama seseorang bila ditemuduga dalam bidang ni..apa yg ditanya? Nak pakai apa? Mcm mana nak berdepan? Persediaan yg mcm mana? Ni yg  nk cite ni….al maklum,, ms aku nk gi temuduga dulu pun, aku sibuk cari tips-tips camane nak mengahadapi temuduga pertama tu andddd Alhamdulillah, tips-tips yg diberi sgt bermanfaat kpd aku.
Ok tuan-tuan dan puan-puan…cite sini abis sini la ehh..hehe.. actually ms ni aku nk pgi temuduga kat Universiti Pendidikan Sultan Idris atau shortform die UPSI. Dah klau temuduga kat UPSI tu apa lagi mkna nya kalau bukan sebab aku Berjaya melangkah ke stage kedua setelah Berjaya menghadapi ujian MeDSI, dalam bidang pendidikan atau dlm erti kata lainnya aku bakal bergelar guru.. ececececeh.. tapi malangnya, aku terkandas dalam sesi temuduga tu..adeiii sadiss… amboii pnjg pulak mukadimah aku ni kan..erm ok la utk tak membuang ms…meh aku kongsi pengalaman aku ms ni.
-pakaian. kena formal. Kalau perempuan muslim pakai la baju kurung, tudung yg kemas dn bersesuaian, dan kasut mesti bertutup. Kalau yg non muslim..aku not sure sbb aku tgk aritu diorang pakai baju kurung jugak. Hmm..
-dokumen-dokumen penting. Erm yg ni biasanya dah diberitahu dlm slip temuduga. Seingat aku, kne bwk slip temuduga yg dah siap diprint, sijil-sijil yg dirasakan perlu, kad pengenalan, surat beranak. Erm aku rs itu je kot..
-masa nak masuk bilik temuduga. Kena jalan tegak2 baru Nampak kita yakin, fail kita peluk kat dada, jgn letak di sisi..and then pastikan senyummmmmmm tak lekang di bibir. Mcm yg aku kata sebelum2 ni..sejuk perut org-org yg tgk kita kalau kita senyummmmmmm jekkk..lpas tu jgn lupa bg salam. N then bila org tu suruh duduk barulah kita duduk dn ucap terima kasih.
-persediaan soalan2 yg biasa ditanya. Urm.. ms aku bertemuduga dulu, diorg tak Tanya pun soalan-soalan keras yg boleh buatkan kepala hotak korang pecah nak fikir atau nak igt. Soalan nye simple jek. Mula2 dia suh aku kenalkan diri aku, ckp sebanyak mungkin tak kisah lah apa-apa pun termasuklah kalau nak cite psl pakwe skali pun..seriusly..pd fikiran logic aku ni, aku rs dia nak tgk sejauh mana kita yakin, pastu nk tgk cara kita bercakap tu mcm mana..sebab kita ni bakal guru kan..so kna pndai n yakin bercakap.
-Pastu isu-isu semasa kena tau gak..sbg prsediaan kalau dah byk sgt kita bercakap kan.
Ms aku aritu, aku kena mengajar kat depan ahli panel tu. Haha. Ms ni memang kelako sgt2 aku rasa. Aku bantai ngaja sejarah depan diorang. Aku igt lagi ms tu aku trg kan tentang adat perpatih and adat temenggung sebab aku pro psl tajuk tu..wakaka..
Ade jgk kawan-kawan aku yg kena menyanyi, bersajak dan berpantun. Haha. Tapi aku rs kalau aku kena berpantun n bersajak tu lg best kot..hehe
Lagi satu hal…stiap org yg ditemuduga takkan terlepas drpd ujian “speak in English” haaa. Ni yg lemah gila ni kan? Aku rs presentation aku tang ni la yg paling teruk n mempengaruhi factor-faktor aku terkandas utk layak ke stage berikutnya..hmm..
Ms ni, aku ditanya tentang hobi aku. Mula2 die Tanya “apa hobi ko?” And then aku bantai la ckp aku suka bce novel.. dah tu die suruh pulak aku speak in english about the jalan cerita, the latest novel yg aku dah baca.. *pengsan 2 saat* .. ok nak tak nak aku bantai jugak laaa. Haha. Set dalam otak diorg nak tgk tahap konfiden aku.. dahh memang waktu ni aku gabra laa cite die, dengan speaking berterabur dan lintang pukang..semangat aku terus down, down and down..
Haa.. ade lg, diorang ni keje, memang psiko je keje nye.. kne pndai-pndai handle la nak patahkan kenyataan diorang tu.. ms ni lagi sekali aku gabra.. tanpa aku sedar aku dah gerak2 kan kaki aku sbb nak tenang kan hati dan degupan jantung aku yg bergerak secara tak normal tuh..adeii.. itu pun kita kne jaga betul2 tauu.. jgn goyang2 kan kaki tu, nmpk sgt kita takut.. ok2 soalan yg diorang psiko aku tu lebih kurang mcm ni bunyi dia.. “apa usaha kamu sebagai seorang guru sejarah utk menangani masalah social dalam kalangan pelajar ms kini..”  tudiaaaaaaa.. erm masa ni otak aku dah blank and blurr.. takleh nk fikir rs nya..sbb aku dok fikir psl aku speaking td..aisehmenn..ms ni ape je yg terlintas aku men ckp je.. aku tak tau ape yg aku melalut ms tu..hee hilang terus keyakinan diri aku masa tu..
.…dannn sesi temuduga pun berakhir….
*erm masa keluar tu kita cakap terima kasih, dan bagi salam..senyum jangan lupa*
Finally, aku tak dapat pun belajar kat UPSI or USM dalam bidang pendidikan. Ms ni aku gi temuduga untuk kos pendidikan pengajian melayu (UPSI), sastera dgn pendidikan sejarah (USM), lagi satu tu aku lupa dah. Buat apa nak igt pun kan? Bnde dah lps and sekarang bidang aku jauh melencong dari bidang pendidikan. Tak dapat aku penuhi hasrat mak aku yg nak sangat aku masuk UPSI. Hee. Tapi takpe, aku percaya, pasti ada hikmahnya, rezeki aku bukan di situ.


Prince charming.


Smlm. Stelah aku merangka-rangka idea. Akhirnya entry inilah yg terhasil. Just look at the title. Actually aku tertarik utk mengongsi the characteristics of my prince charming and aku akan cuba cari. Utk entry ni skit jelah aku nk bgtau. Tu pon secara informal. Aku takut. Risau dan bimbang. Kalau-kalau ada yang m’ngatakan aku cuba memprovokasi mana-mana pihak. Harap maklum.
Satu.
Jaga solat. Hurm. Bagi aku, org yang menjaga solat ni in sya Allah. Totally perangai dia pun elok terjaga dari setiap side. Kalau tak caya, cuba la compare antara org yg jaga solat dgn yg tidak. Tp aku tak nafikan, ade jgk org yg tak solat tapi hati nya baik. Jadi, kena la jaga solat dulu. Br cukup syarat. Kan.
Dua.
Suka buat kelakar. Tanya la mana-mana prempuan. Aku yakin takde sape tolak kalau lelaki tu suka buat kelakar. Dalam hal ni ko takyah la ingat muka ko market, tapi serius tahap petala ke tujuh,, ade org tahan.
Tiga.
Cool dan tidak panas baran. Nothing to displayed lebih-lebih. Phm-phm sndri lah. Mana ade org tahan dgn  “si panas baran”.

Empat.
main bola sepak. Hurm. Pada aku lah. Lelaki yg main bola sepak ni, he is betul-betul lelaki sejati dan kelihatan ala-ala macho cenggitu. Tapi kalau tak reti main pon takpe. Ckup la kalau die minat tgk tournament bola sepak and tau selok-belok tntang dunia bola sepak.

Lima.
Tak hensem takpe. Rupa bukan ukuran. Yup. Aku tak ksah dgn paras rupa. Asalkan sedap mata memandang. Yela. Aku pun bukan nya cantik, nak demand lebih-lebih. Lagipun, tak rasa tertipu ke dgn rupa kacak ni. sementara je pun. Nanti dah tua kerepot jugokk. Bahkan  dalam sekelip mata pun, rupa yang hensem dan cantik tu boleh hilang. Prnah ke terfikir? Bagi aku. Cantik dan kacak itu subjektif. Terpulang kpd org yg menilai. Dan pada aku, cantik itu terletak di dalam. Maksud aku hati dan sikap seseorang. Kalau cantik hati dan sikap seseorang maka cantiklah rupa dia. Dan sebaliknya.
Tapi ! Kalau dapat yg cantik atau hensem, Alhamdulillah. Itu satu bonus.
p/s : kalau ade yg perasan. Huraian untuk paras rupa sangat panjang. Apakah?

Wednesday 20 February 2013

Perihal cinta. Soalan 3.


“Adakah kau akan terima nikahnya bila kau tahu bakal isteri kau dah takde dara?”
it suppose to be

'AKU TERIMA NIKAHNYA'

kerana,

Cinta sebenar ialah menerima segala kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Apa yang dah berlaku, biarkan berlalu. Nobody is perfect, everyone do mistake.
“TIADA INSAN SUCI TANPA DOSA MASA LALU,TIADA INSAN YANG BERDOSA GELAP MASA DEPANNYA”

Cerita melayu


Entry aku kali ni takde niat pun nak meng “kondem” org melayu ke hape sbb aku sdar diri. Aku pun org melayu juga. Tapi nilahh realiti orang kita.
Orang melayu. kalau bab jual menjual. Jaja menjaja. Haaa. Ini lagi aku fed up. Kalau aku perhati kan la..area-area KAMPUNG SEBELAH aku…berderet-deret kedai  nasi lemak..jual time pagi-pagi buta. Analogi nya mcm ni la. Hari isnin bukak satu kedai jual nsi lemak.. esoknya  pulak bkk lagi satu kedai jual nasi lemak jgk..tapi ade tambah satu bahan..karipap. contoh la.. pastu esok nye pulak..bukak lagi satu kedai…jual nasi lemak jugak..tapi ade tambah pulak dua jenis kuih..urmmm.. pastu kedai pulak dekat-dekat sderet je, jarak dua depa je. LEBIH KURANG. Tapi basic nya mesti nasi lemak.. mcm takde modal lain. sume nk tiru…
Kesimpulannya, drpd keseluruhan corat coret aku tadi. Aku sbenanya nak mempersoalkan…
“kenapa takde sorang pon yang bukak kedai nasi lemak dekat area-area kampung aku?”
Alangkah celaka.
Ini aku konfem, msti ade yg mempersoalkan “asal tak kau je yang jual?”
Persoalannya, aku nak jadi pembeli, bukan penjual.
*Terlalu banyak persoalan di sini*

Spoil. 24 januari 2013.


Harini. Tgh semangat-semangat aku nak menyediakan makanan tengahari a.k.a malam. Tiba-tiba gas habis ms aku sdg memulakan langkah pertama, menumis bahan-bahan yang telah diblender. Semangat aku terus pudar. Lalu aku simpan bahan-bahan ke dalam peti ais dgn hrpn utk menyambung nya jika tabung gas sudah di refill selayaknya. Mood aku spoil utk kali pertama. And then, aku pun ltak la udang atas meja utk beberapa minit utk lap Tupperware yg bakal aku guna utk simpan udang tu. Tiba-tiba jantung aku berdetak laju bila aku lihat kucing aku sedang enak menikmati udang di atas meja itu. Aku berlari sepantas kilat utk selamatkn udang tu. Nasib baik. Dia tak sempat curi walau seekor udang pun kerana dia baru meninjau-ninjau ke dalam bekas tu. Namun, mood aku spoil untuk kali kedua kerana aku perlu basuh semula udang-udang itu utk memastikan ia selamat dan suci. Setelah selesai. Aku membuka computer riba  kesayangan aku untuk meng’update entry blog tentang harini. Utk kali ketiga, mood aku spoil. Memandangkan line internet kt rumah aku ni lembapppp mengalahkan siput babi berjalan, maka entry ini tidak dapat di muat naik on the spot. Kesimpulannya, harini mood aku spoil berkali-kali.



Perihal cinta. Soalan 2.


 “kita suka kat seseorang. Apa patut kita buat? Senyap atau cuba?”
* * *
Dalam hidup ni. kalau kita nak kan sesuatu kita kena usaha. Sebab tulah pepatah inggeris “fight for your right” itu tercipta.  Ye aku akn berusaha untuk dapatkan. Ini yang akan aku lakukan jika aku berada dlm situasi itu “sebagai lelaki.” Diulangi “jika aku sebagai lelaki”. Haha. Pasal..if aku as a women, aku tak kan memperjuangkan hak aku dalam situasi nih. Malu wooo kalau kena tolak. Mana nak taruk muka aku yg cute nih. Kekeke.
Ok back to the square.
Persoalan nya. Mcm mana kalau ia nya menjejaskan hbungan persahabatan, kalau org yg kita minat tu kawan kita ?  ye. Risiko. Setiap perkara yang kita laku kan, pasti ada risiko. Apa yg pnting kita msti bijak dlm m’handle risiko yg bakal kita hadapi.
Contoh nya. Kalau. Situasi ni jadi kita ditolak. Msti dia akan jauh kn diri daripada kita. Ye. Itu sakit. Tapi itu lebih baik. At least sekali je kita merasa sakit tu berbanding kalau kita simpan prasaan tu bertahun-tahun akhirnya dia dimiliki oleh orang lain. Jadi. Bagi aku lebih baik sakit sekali berbanding sakit berulang-ulang kali dan kita tak tahu bila penghujung nya.
Satu perkara kita kena sedar,
Ini fakta !
“soal perasaan kita tak boleh kawal. Smakin lama kita kenal dan suka dia. Semakin dalam prasaan tu. Dan smakin dalam prasaan tu semakin susah kita nak lupakan dia.”
                                                                                * * *
Lagi satu hal. Dgn berterus-terang, sekurang-kurang nya, kau tak kan menyesal kemudian hari. Selagi kau pendam selagi tulah kau berperang dengan perasaan kau sendiri. At least nnti tak kan ada ayat “kenapa lah aku tak luah kan sedari awal lagi” dari mulut kau.
Bagi aku. Sesuatu yang baik kita perlu rebut. Hidup perlu bersaing dan berani menanggung risiko. So, jgn takut utk mengambil langkah pertama. Ala ko kne igt satu je, smua bnde yang ko buat ade risiko. Bahkan hal sekecil-kecil kuman pun ade risiko nye. So? Kalau kau rasa kau nak. Fight for your right!

15 januari 2013


Ok. Harini. Aku msj sherah. Hee. Rindu siott kat kawan sorang nehh. Nak tau planning kitorang apa? Kitorang memasak menu yang sama. Hurmm lagi satu hal, dia lah yang jadi instructor aku. Konon nya nak ikot resepi dia..hehe..memasak ni kena la pandai variasi kan cara kan..so nnti boleh la kita aplikasi kn. Hekk. Harini kitorang masak ikan masak sambal anddd sayur kangkung goreng belacan. Hee. Harini hari pertama aku memasak kat umah sepanjang aku cuti nih.. errmm sebelum2 ni adik aku yang take job. Aku dua harini pertama nih gunakan masa sepenuh nya menggalas jawatan sebagai mem besar kat umah. Hee. Goyang kaki, makan tidow, makan tidow..keh3..harini baru aku start bekerja. Ok aku malas nak kongsi resepi..aku Cuma nak kongsi gamba jek ngn korang..kalau nak resepi search la google tu, melambak-lambak…lpas tu pandai-pandai la aplikasi kan sendiri yeee…hehehe..semoga terliurrr..


x.o.x.o ~

Tuesday 19 February 2013

Perihal cinta. Soalan 1.


“ok tak kalau aku suka kat seseorang tu, aku berterus terang”
Beberapa hari aku berblogwalking, aku jumpa byk tentang persoalan ni. aku bukan nak cilok idea orang ke ape.Cuma aku rs tertarik dengan topic yg dibincang kan nihh. Ekeke. Ermm. Jwpn prtama yg aku jumpa drpd blogger wanita. Jawapan bagi persoalan kat atas tu “tak ok”. Ada byk sebab. Biasalah perempuan, masih berpegang pd prinsip “tak nak nmpk mcm terhegeh-hegeh” atau “mcm perigi mencari timba”. Yup. Malu. Nauzubillah. Kalau aku ade kat situasi tu. Smpai mati aku tak kan berterus terang pd orang yang aku suka. Erm. Ada beberapa factor yang aku fikir kan sebenar nya. Salah satu nya.
***
lelaki ni sifat nya ego. Dorang akan lebih appreciate kalau sseorang perempuan tu susah utk dimiliki. Erm mudah nya mcm nil ah. Lagi susah die nak dpt sorang prempuan tu, lagi tgi nilai perempuan tu pd dia. Mcm tu la lbih kurang. Mmg aku setuju. Sebab kalau fikir logic ponn, sesuatu bnde tu kalau susah aku nk dpt, aku akan hargai dan sayang sepenuh hati. Btl kn?
“barang kalau mudah dapat, tiada suatu nilai yang dipanggil ekstetika”
Analogi nya mcm ni, compare la dua brg yg sama kau beli tapi satu tu kau beli kt luar Negara nun, satu lagi kau beli kat pasaraya kat negeri  Perak.  Mana satu lbih kau jaga bagai menatang minyak yg penuh? Dah tentu-tentu brg yg kau beli kat luar Negara tu kn? Pasal apa? Pasal susah nak dapat. Just Kt luar Negara tu. Haa mcm tu lah analogi nya nak bg senang paham.kan.
Dah tu? Tak kan takde usaha langsung? Hurmmm. Takdela smpai mcm tu. Kne igt pulak, klau kita nak kn ssuatu bnda tu, kne la usaha skit. Mksd aku, secara perlahan atau tersirat. Cukup lah sekadar kau bg hint je. Selebihnya berdoa. Kalau takde respons, kau phm-phm sndri lah. Dia tak nak kat kauu. Carik org lain. Abih cite! Haha.
***

Apakah jadahnya ?


Aku sungguh tak setuju dgn kaedah pihak rumah pengantin yang menyambut ketibaan pengantin dgn membaling mercun. Hurmm bukannya apa, kalau mereka baling mercun tu 1000KM dari tempat aku makan, aku takde hal punye. Tapi smlm mereka-mereka telah membaling mercun boleh dikatakan btl2 di blkg aku..apa kejadahnya nya semua ini?  Aku yg tgh syok-syok menikmati rezeki yg diberikan ALLAH ni, terkejut nyieeeeee. SPOIL trs mood aku nak teruskan sesi melahap. Ditambah pulak bila serbuk-serbuk mercun tu mendarat cantik ke dalam pinggan, cawan dannnn ohh tidak!! cendol pulut akuuuuuu! Terasa kempunan seketika. Apa nak buat kan. Basuh tgn n then dduk tgk pengantin kjap pastu baliklah aku dgn seribu satu perasaan.

KAHWIN PAKSA


Aku takde la ghairah sgt nak update psl bnde ni. tapi saje gatal tangan aku nih haa. Pantang. Kalau ade je idea terlintas dalam kepala hotak, mula la aku merangka-rangka idea nak kongsi dlm blog. aku bukannya apa. Sejak,dua,tiga,empat menjak ni,byk sgt drama-drama yg ditayangkan kat tv bertemakan “kahwin paksa”. Mcm dah takde modal lain. Tapi. Itulah yg byk dpt sambutan drpd penonton termasuklah aku. Ngee. Tah. Aku sndri terfikir-fikir. Knapa citer2 yg tema nya kahwin paksa ni menarik ribuan penonton? Smpai org ramai tergila-gila?
Actually aku bukan nak cite sgt psl drama-drama yg ditayangkan ni. aku Cuma nak mempersoalkan.
“kalau kau sanggup ke kena kahwin paksa?”
Erm. TAK SANGGUP. Tapi kalau bakal suami aku tu aaronaziz. Kecik tapak tangan, stadium bukit jalil aku tadahkan. Haha. Kalau kita usha-usha cite kat tv tu kan. Mula-mula msti pempuan and laki tu tak suka, tak pun pmpuan tu jual mahal ke, tak pun si prempuan dah elok-elok suka tapi si lelaki pulak dh mcm celaka. Tapi lastly, msti happy ending. Si lelaki tertarik dgn kesabaran si pmpuan, tak pun tibe-tibe lelaki ni sakit, pmpuan tu jaga sungguh-sungguh, ms tu la diorg jatuh cinta. Ala..dah boleh baca dah flow cite org melayu nehh.  Lagi satu hal aku prasan. Hero die msti hensem, lawa, segak. Tmbh lak heroin dia cantik, cun melecun. Mmg jadi ar cite die. Ahhh itu semua membongakkk. Kalau reality kehidupan sbenar takde nya kawin paksa tu sama-sama cantik, sama-sama hensem. Kalau ada pun satu dalam sejuta. Dah nama pun kawin paksa kan, bkn snang nak dapat yg mcm aaronaziz ke adiputra ke, christiano ronaldo ke. Kalau bg lelaki pulak, igt senang nk dpt yg comey mcm siti saleha ke, nieyledia ke, maya Karin ke. Jgn la berangan nak kahwin-kahwin paksa nih. Dalam drama tu dia berlakon. Kita yg buat dia, bukan dia yg buat kita.
Tapi ade jugak yg kahwin paksa ni menemui jalan bahagia and ade jugak yg merana. urmm ntahlaa..
Mula-mula, aku pun rs mcm kahwin paksa tu perkara menarik. Tapi aku tak penah la terlintas nak terlibat dalam kes kawin-kawin paksa ni. Cuma aku pernah ckp mcm ni je.
“kalau lelaki tu mcm aaronaziz, memang aku takkan tolak”
Ehh? Tak abih-abih aaronaziz.



Sunday 17 February 2013

Capital A.


Lelaki biasa,yg penting sejati.dia main bola sepak jugak.dia yang aku perlu cuba fahami dan kasihi.harapan aku semoga hubungan kami berkekalan.
Sekian terima kasih.

Pada suatu petang.


Masih aku igt hari itu. Sedang enak aku meng “touch up” header blog aku. Tiba-tiba kedengaran satu gegaran yg agak kuat. Dtg nya dr telefon tangan ku. Segera aku berlari-lari anak mendapatkan telefon tangan nan satu itu. Kulihat. “1 mesej receive. From kak yong”
Pesanan ringkas itu berbunyi lbih kurg begini kerana aku sendiri ingat-ingat lupa.
“atie. Ahad ni ade pegi mne2 tak? Klau tak yong nak ajak pegi men boling. Tapi kena byr 30 ringgit”
Aku garu kepala. Otak aku merencana satu perkara untuk me’respons’ msj itu.
“ok. Tgk dulu. Nnti pape hal, jadi ke tak jadi, org bgtahu”
Persoalannya. Kenapa kena bayar? Boleh tak kalau satu hari tu, aku dapat atau beli atau buat bnda tu tanpa s’barang caj bayaran yg dikenakan?
Kesimpulannya, pd petang itu. Aku telah membina soalan yg tidak munasabah kerana bila poket sudah kering kontang, aku tidak mampu berfikir logik.
Sekali  kne sound.
“byk cantik muka kau. Nak masuk jamban pun kena bayar dua kupang”
Terus aku terdiam.

Capital A. 23 januari 2013.


Kelakuan nya sukar diramal. Kadang-kadang nmpk mcm sweet gila. Kadang-kadang mcm langsung tak b’perasaan. Hum mcm mlm smlm lah. Tibe-tibe msj. Aku igt dah lupa kan aku. Mcm tau-tau je ape yang aku tgh fkir kan. “good night”. “never forget you” b’bunga-bunga la kejap hati aku ms tu. Tapi . kejap jela. Haha. Kalau dah jodoh tak ke mana…kan?

Abang angkat


Semenjak dari sekolah. Status abang angkat,adik angkat,kakak angkat. Memang famous gila kan. Dan aku sendiri. Ade la sorang kakak angkat yang comel dan cuwn. Pastu adik angkat yang cute-cute pon ramai. Hehe. Tapi….abang angkat? Aku tak pernah ada. Aku sendiri tak faham dengan definisi dan fungsi sebenar abang angkat nih. Urm kalau kakak and adik angkat tu aku tau la skit2..cth mcm kakak angkat ni boleh tlg kita. Klau mcm aku dulu tgl kat asrama, dia boleh tlg basuh kan baju, iron baju, jaga kita masa sakit ke kan.. klau adik angkat lak dia boleh tlg kita amik makanan kat dewan makan kalau tgh sakit ke..pastu teman kita makan kee..something like that la..tapi klau abang angkat tu aku sendiri musykil..huhu..tapi aku rasa tak perlu kot..sebab ia tidak berfungsi sama sekali pada aku..kalau nak kata aku takde abang kandung..aku ada…hensem lagi tu..ececehhh..haha
Pastu pulak..aku rasa taste aku ni tgi skit la.. haha.. kalau boleh laa, aku nak rosyam nor jadi abang angkat aku. Yelah. Untung-untung boleh die amik aku berlakon ke kan.
Ehh???

ekspressi seorang aku.copyright