Monday 30 January 2012

ape ade hal~

Assalamualaikum~

Hai3...ape la dibuatnye aku ni...pegi update belog pagipagi buta..hum...buat keje umah kan lagi bagus...oh...no-no, aku nk take mood..pagipagi buta camni kan, mane nk wat keje lagi..lagi best klau aku lepak2 , makang-makang dulu kan..haha... sejak dua menjak ni kan? Selalu sangat aku post entry yang berbicara soal hati dan perasaan, cinta dan macammacam lagilah yang sebulu dengannya...hai laa...aku ni dah kenapa? Huhu... suka hati la aku nak wat pape pon..kau ada?? Ok la... mulai harini aku akan kurang kan berjiwangjiwang di belog ini.. nmpak macam gedik lah pulak kan...HAHA~
BOSAN? BORING? Haii laaaa....mak aku cukup pantang kalau aku keluarkan perkataan ni...nk diketuknya muncung,mulut,bibir aku ni haa.. nak tau kenapa? Katanya, orang yang suka sangat mengungkapkan perkataan yang ‘satu’ itu....jiwa nya kosong...kosong,zero,clean n clear... hmm...maka ubat nya senang sahaja...terlalu senang... kita kena selalu ingat ALLAH, baca AL-QURAN,ZIKRULLAH,rajin buat SOLAT-SOLAT SUNAT.. Tuan-tuan dan puan-puan, memang sahih apa yang diperkatakan..sekarang ni, untuk mengubat‘keboringan’yang sering melanda hidup aku tak kira masa, ni lah yang aku buat.. mesti tenang punyerr....INSYAALLAH....
Haa.. sekarang aku nak kongsikan pulak 9 petua untuk mencapai doa mustajab...
1.         Anas bin Malik meriwayatkan bahawa RASULULLAH bersabda : “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak”

2.        Sesungguhnya Rasulullah bersabda : “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman : “sesiapa yang berdoa kepada-KU maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-KU maka aku akan ampunkannya.”

3.        Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “tiga orang yang tidak ditolak doanya ialah : pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya...”

4.       Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu”

5.        Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada ALLAH kerana seungguhnya binatang itu sedang melihat malaikat, “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada ALLAH daripada godaan syaitan kerana binatang itu sedang melihat syaitan”


6.       Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: “sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. “Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima ALLAH.”

7.        Ata bin Abi Rabbah berkata: “telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “sesiapa yang membaca surah yasin pada permulaan hari, maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8.        Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan”

9.       Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan tentang hari jumaat. Lalu baginda bersabda: “pada hari jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seseorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu”

Haa.. tulah die antara isi-isi belog aku kali ini..haha.. Petua yang aku sajikan tadi bukan rekaan, tapi aku dapat daripada keratan akhbar tempatan yang sempat aku mak aku kutip..haha, tapi mintak dirahsiakan akhbar mane la ye... ok lahh.. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL ! ~
#Assalamualaikum




Saturday 28 January 2012

untitled~ =.=

ohh..just short entry...


"Manusia Hanya Tahu Menghargai Apabila Dia Kehilangan"

SEKIAN~
mood : touching :(

Assalamualaikum

ini bkn gedik..tapi jiwang2....



Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti, kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.


Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri. 

Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…









DEAR LOVE~ Iloveu


Saturday 21 January 2012

borak-borak kosong

halliuuuuuu...huhu......ini cume short entry becoz aku x tau nk citer ape...tp aku ader citer..hua3....
harini aku hang out ngn mmber2 o senang citer geng aku ar kan..tapi kua kali ni mendu je aq ase..ahhaha..mesti sbb x rmai...tambah lgi si eyka 2 dandan penyakit yang bebagai nye dtg...huhu...... ape2 pon...aku ttp enjoyyy..bile lagi berpeluang mcm tadi...aku pon kurang pasti... :)

lagi satu nk gitau...hum...aku ni x cool langsung !! yelaa....bile tibe part cuak, maka hilang lah cool dan macho nye..HAHA...contohnye mcm tadi...aku...TERbalik lambat....bapak aku tibe2 kol..haha..cuak100x,bapak aku kan GARANGGGGG?? kau ada? HAHA...HAHA....lwk toi aku ni....coooooooool konon !! auta lebih, tapi balik 2 x kne marah pon, kire garang bapak aku ni still ade sporting nye lagi...yg pnting aku jage diri,jgn buat  bnde x baik....paham..baru nk jadi seorang yang cool kan?! tapi kelam nye mang x leh nk dibuang..HAHA...oke... ckup r untuk entry kali ni...picture pon x dpt di upload lagi memandangkan kwn aku pon x upload lagi kat fb...HAHA....bwat2 paham sudahh..oke3....

hidup mesti ceria ! mulakan hari anda dengan senyuman.... pis....no war !

#cite nye aku langsung x cool...HAHA
Assalamualaikum #

Friday 20 January 2012

building complete

fuhh...fuhh...fuhhhh.....ok penat !

haha...mlm ni xde keje...so, aku operate belog ni...kali ni hasil air tangan aku sendiri..HAHA...
ok motif nya aku dah bosan dgn wajah belog yg lama....dan mahukan pembaharuan yg lebih cool,rileks,dan seangkatan dengannya....kira aku appreciate jgk la titik peluh mmbe aku sorang ni yg wat belog aku nmpk meriah haritu kan...sbb lame aku gune....ok..stop merepek..HAHA~

kali ni ade lgi pembaharuan di belog ini.....untuk mengelakkakn ia kelihatan gedik tetapi lebih rileks,smart and cool.....huhu... ok laaa...sekian terima kasih ~

sehingga bertemu lagi..Assalamualaikum#

Tuesday 10 January 2012

Rindu Semakin Jauh~


“Hidup ini x seperti yang kita harapkan..ketika kita mencari bahagia.ia seakan jauh meninggalkan kita... tika kita ingin melupakan kedukaan, ia seolah-olah makin kerap mengekori...siapa kita untuk menolak setiap yang ditentukan-NYA...siapa kita untuk lebih kuat daripada DIA?”

Rinduku......
Ada waktunya aku seperti tidak percaya melalui saat melukakan itu.. mengenali kamu merupakan kenangan pahit dalam hidup aku...namun di sisi lain, aku melihatnya sebagai saat terindah yang tak mungkin dapat aku temui sampai bila-bila..
      Begitupun, menulis dan menyebut namamu di kejauhan begini masih menjadi perkara terbaik yang tetap akan aku lakukan... Moga ada waktu untuk kita  bertemu...moga ada ruang untuk kita berbicara.....
kerinduan....ia indah, ia resah, ia melukakan..
ia juga membahagiakan#





Hidup ini umpama layang2, bila angin membadai ia terus terbang mencecah awan.......namun bila talinya putus, ia hanyut dibawa angin....menyerah kepada takdir, terdampar di badai ‘Ombak Rindu’~


ekspressi seorang aku.copyright