Assalamualaikum~
Hai3...ape la dibuatnye aku ni...pegi update belog pagipagi buta..hum...buat keje umah kan lagi bagus...oh...no-no, aku nk take mood..pagipagi buta camni kan, mane nk wat keje lagi..lagi best klau aku lepak2 , makang-makang dulu kan..haha... sejak dua menjak ni kan? Selalu sangat aku post entry yang berbicara soal hati dan perasaan, cinta dan macammacam lagilah yang sebulu dengannya...hai laa...aku ni dah kenapa? Huhu... suka hati la aku nak wat pape pon..kau ada?? Ok la... mulai harini aku akan kurang kan berjiwangjiwang di belog ini.. nmpak macam gedik lah pulak kan...HAHA~
BOSAN? BORING? Haii laaaa....mak aku cukup pantang kalau aku keluarkan perkataan ni...nk diketuknya muncung,mulut,bibir aku ni haa.. nak tau kenapa? Katanya, orang yang suka sangat mengungkapkan perkataan yang ‘satu’ itu....jiwa nya kosong...kosong,zero,clean n clear... hmm...maka ubat nya senang sahaja...terlalu senang... kita kena selalu ingat ALLAH, baca AL-QURAN,ZIKRULLAH,rajin buat SOLAT-SOLAT SUNAT.. Tuan-tuan dan puan-puan, memang sahih apa yang diperkatakan..sekarang ni, untuk mengubat‘keboringan’yang sering melanda hidup aku tak kira masa, ni lah yang aku buat.. mesti tenang punyerr....INSYAALLAH....
Haa.. sekarang aku nak kongsikan pulak 9 petua untuk mencapai doa mustajab...
1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa RASULULLAH bersabda : “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak”
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda : “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman : “sesiapa yang berdoa kepada-KU maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-KU maka aku akan ampunkannya.”
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “tiga orang yang tidak ditolak doanya ialah : pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya...”
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu”
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada ALLAH kerana seungguhnya binatang itu sedang melihat malaikat, “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada ALLAH daripada godaan syaitan kerana binatang itu sedang melihat syaitan”
6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: “sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. “Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima ALLAH.”
7. Ata bin Abi Rabbah berkata: “telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “sesiapa yang membaca surah yasin pada permulaan hari, maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan”
9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan tentang hari jumaat. Lalu baginda bersabda: “pada hari jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seseorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu”
Haa.. tulah die antara isi-isi belog aku kali ini..haha.. Petua yang aku sajikan tadi bukan rekaan, tapi aku dapat daripada keratan akhbar tempatan yang sempat aku mak aku kutip..haha, tapi mintak dirahsiakan akhbar mane la ye... ok lahh.. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL ! ~
#Assalamualaikum