Thursday, 3 January 2013

buka hati, buka mata, buka minda

assalamualaikum.
hai. selamat petang warga alam maya semua. harap2 anda semua sihat pd hari ketiga tahun 2013 nih..ekeke. hokey. sempat lagi kita nak update blog even tgh berperang utk final exam nih kn..hehe..erm setakat nih aku tak tau nak ckp mcm mana sma ada aku boleh jwb atau pun tak? ntah lah..tgk result nanti lah br aku tau jwpn diaa. erm skg nih rs mcm dah ade simptom2 badan tak sihat, selsema and mula rs nak demam. yelah..dh bersejuk, berpanas, bersejuk dan berpanas..makanya?? hee fkir sndri lah...lps exam tadi rs menggigil2 kat dalam dewan...wth, sejukkkkkkk sgtttttt....rs nak menjerit jekkk...hee...
erm..
motif sebenar aku update blog nih sbb nak kongsi sesuatu..memandangkan sejak akhir2 ni, hati rs mcm sayu je...sedih sume ade..aku pon ape lagi cuba lah carik petua2 yang boleh mengurangkan atau menghilangkan perasaan ni sekaligus. in sya ALLAH...aku sediakan bahan ni bagi diorang2 yg mcm aku, tgh sedih dan sdg mencari semangat yg hilang bak kata XPDC ye. hee. bg korang2 yg tgh happy dan bahagia pon boleh jgk klau nak baca...okey okey okey okey okey okeyyyyyyyyy..let's check it out..

setelah mengepau bahan di google...aku pon terjumpa lahh petikan ayat nih..
"sebenarnya perasaan sedih nih normal. takde siapa yang tak pernah bersedih kann"

mcm tu lah lebih kurang kebanyakan org di google selalu berkata. okey jap2..tips die plak nih laaa....

1. 1.Latih minda melupakan kenangan pahit.
Melatih minda melupakan kenangan pahit perlulah diaplikasikan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu. Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan. Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak, maka haruslah dilakukan secara berperingkat dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri.

2. Buang perasaan risau yang melampau.
Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.

3. Belajar rajin bersyukur.
Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada, misalnya ucap syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri anda.

4. Belajar menjadi pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara semulajadi. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.

6. Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Fikiran yang buruk akan mendapat akibat yang buruk. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat atau dikenali ‘Law Of Attraction’.

7. Keraskan hati.
Keraskan hati anda bermaksud hati anda mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya dan lafazkan dengan nada berbisik, relaks dan tidak terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda dan tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, lebih baik dari sebelumnya.

baik lah kawan-kawan.....Yang sebenarnya, menghadapi kesedihan ini berkait dengan jiwa, dan jiwa yang dekat dengan ALLAH itulah jiwa yang tidak pernah berasa duka kerana bila tiap kali duka mengetuk jiwa, kita dapat rasakan yang sebenarnya ALLAH 'kirimkan' satu lagi kedukaan supaya jiwa kita dekat lagi kepadanya, supaya mulut kita tak berhenti menyebut-yebut namanya, supaya hati kita tidak berhenti berdoa kepadanya.

"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina” (Surah Al-Mu'min : 60)

Baiklah kawan-kawan haa dapat dah?? ayat yang terakhir tu lah sebenar nya ubat plg berkesan ye. ermm tapi bnde "simple" yg aku biasa buat plakk..bila aku rasa sedih je, aku akan tarik nafas dalam-dalam...kosongkan minda and then senyummmmm jeee...senyum tu biar lah ikhlas....in sya ALLAH..lpas tu rasa okey je..tenang jeee..hee :)) hebat kan..


okey macam nih laaa.. wat lex wat peace bro ! ALLAH tu maha penyayang, malah semua sifat terpuji ada pada-NYA.. DIA pun tak nak kita sedih disebabkan perkara yang sia-sia.... OLEH itu. chilllllll~ peace no war !!! :)





S.E.K.I.A.N  ~

No comments:

Post a Comment

ekspressi seorang aku.copyright