Andai diberikan emas
permata, kupilih senyumanmu… danial..
Ecececeh..berjimba
sakan Nampak…ekekeke..aku pasti danial tak kan jumpa blog aku ni.. dan klau
bukak pun 99% dia tak faham apa yg aku tulis ni.. hahaha.. Danial? Apakah? Siapakah?
Hihihi. Actually
malam ni aku bukan nak cite siapakah danial? Dari manakah muncul nya beliau?
Apa kaitannya dengan aku etc2. Bukan, bukan. Sebenarnya, malam ni, tarikh ini
dan jam ini, 11 : 54 malam. Aku nak cite pengalaman aku pg temuduga. Amacam?
Menarik kan? Bukan sume org ade tau…errrmm sebelum2 ni aku ade jgk pegi
temuduga, tapi mostly informal..anddddd bila kena yg temuduga formal..aku rs
aku nak kongsi la kat blog ni…even cite ni dah basi, dah lapuk… ahhh basi tak
basi, lapuk tak lapuk…..ni blog aku, jadi..hak menulis hak aku… erm baru la
nmpk entry blog aku ni ade warna-warni skit..ahaiiiii..
Erm. Seblum tu, aku
nak cite psl pngalaman temuduga aku ni bkn sebab nak show off ke, sbb dh takde
modal nak cite bnde len ke ape..tapi aku nmpk satu faedah di
situ..sekurang-kurangnya, kalau ade org2 yg tercari-cari pengalaman pertama
seseorang bila ditemuduga dalam bidang ni..apa yg ditanya? Nak pakai apa? Mcm
mana nak berdepan? Persediaan yg mcm mana? Ni yg nk cite ni….al maklum,, ms aku nk gi temuduga
dulu pun, aku sibuk cari tips-tips camane nak mengahadapi temuduga pertama tu
andddd Alhamdulillah, tips-tips yg diberi sgt bermanfaat kpd aku.
Ok tuan-tuan dan
puan-puan…cite sini abis sini la ehh..hehe.. actually ms ni aku nk pgi temuduga
kat Universiti Pendidikan Sultan Idris atau shortform die UPSI. Dah klau
temuduga kat UPSI tu apa lagi mkna nya kalau bukan sebab aku Berjaya melangkah
ke stage kedua setelah Berjaya menghadapi ujian MeDSI, dalam bidang pendidikan
atau dlm erti kata lainnya aku bakal bergelar guru.. ececececeh.. tapi
malangnya, aku terkandas dalam sesi temuduga tu..adeiii sadiss… amboii pnjg
pulak mukadimah aku ni kan..erm ok la utk tak membuang ms…meh aku kongsi
pengalaman aku ms ni.
-pakaian. kena
formal. Kalau perempuan muslim pakai la baju kurung, tudung yg kemas dn
bersesuaian, dan kasut mesti bertutup. Kalau yg non muslim..aku not sure sbb
aku tgk aritu diorang pakai baju kurung jugak. Hmm..
-dokumen-dokumen
penting. Erm yg ni biasanya dah diberitahu dlm slip temuduga. Seingat aku, kne
bwk slip temuduga yg dah siap diprint, sijil-sijil yg dirasakan perlu, kad
pengenalan, surat beranak. Erm aku rs itu je kot..
-masa nak masuk bilik
temuduga. Kena jalan tegak2 baru Nampak kita yakin, fail kita peluk kat dada,
jgn letak di sisi..and then pastikan senyummmmmmm tak lekang di bibir. Mcm yg
aku kata sebelum2 ni..sejuk perut org-org yg tgk kita kalau kita senyummmmmmm
jekkk..lpas tu jgn lupa bg salam. N then bila org tu suruh duduk barulah kita
duduk dn ucap terima kasih.
-persediaan soalan2
yg biasa ditanya. Urm.. ms aku bertemuduga dulu, diorg tak Tanya pun
soalan-soalan keras yg boleh buatkan kepala hotak korang pecah nak fikir atau
nak igt. Soalan nye simple jek. Mula2 dia suh aku kenalkan diri aku, ckp
sebanyak mungkin tak kisah lah apa-apa pun termasuklah kalau nak cite psl pakwe
skali pun..seriusly..pd fikiran logic aku ni, aku rs dia nak tgk sejauh mana
kita yakin, pastu nk tgk cara kita bercakap tu mcm mana..sebab kita ni bakal
guru kan..so kna pndai n yakin bercakap.
-Pastu isu-isu semasa
kena tau gak..sbg prsediaan kalau dah byk sgt kita bercakap kan.
Ms aku aritu, aku
kena mengajar kat depan ahli panel tu. Haha. Ms ni memang kelako sgt2 aku rasa.
Aku bantai ngaja sejarah depan diorang. Aku igt lagi ms tu aku trg kan tentang
adat perpatih and adat temenggung sebab aku pro psl tajuk tu..wakaka..
Ade jgk kawan-kawan
aku yg kena menyanyi, bersajak dan berpantun. Haha. Tapi aku rs kalau aku kena
berpantun n bersajak tu lg best kot..hehe
Lagi satu hal…stiap
org yg ditemuduga takkan terlepas drpd ujian “speak in English” haaa. Ni yg
lemah gila ni kan? Aku rs presentation aku tang ni la yg paling teruk n
mempengaruhi factor-faktor aku terkandas utk layak ke stage berikutnya..hmm..
Ms ni, aku ditanya
tentang hobi aku. Mula2 die Tanya “apa hobi ko?” And then aku bantai la ckp aku
suka bce novel.. dah tu die suruh pulak aku speak in english about the jalan
cerita, the latest novel yg aku dah baca.. *pengsan 2 saat* .. ok nak tak nak
aku bantai jugak laaa. Haha. Set dalam otak diorg nak tgk tahap konfiden aku..
dahh memang waktu ni aku gabra laa cite die, dengan speaking berterabur dan
lintang pukang..semangat aku terus down, down and down..
Haa.. ade lg, diorang
ni keje, memang psiko je keje nye.. kne pndai-pndai handle la nak patahkan
kenyataan diorang tu.. ms ni lagi sekali aku gabra.. tanpa aku sedar aku dah
gerak2 kan kaki aku sbb nak tenang kan hati dan degupan jantung aku yg bergerak
secara tak normal tuh..adeii.. itu pun kita kne jaga betul2 tauu.. jgn goyang2
kan kaki tu, nmpk sgt kita takut.. ok2 soalan yg diorang psiko aku tu lebih
kurang mcm ni bunyi dia.. “apa usaha kamu sebagai seorang guru sejarah utk
menangani masalah social dalam kalangan pelajar ms kini..” tudiaaaaaaa.. erm masa ni otak aku dah blank
and blurr.. takleh nk fikir rs nya..sbb aku dok fikir psl aku speaking
td..aisehmenn..ms ni ape je yg terlintas aku men ckp je.. aku tak tau ape yg
aku melalut ms tu..hee hilang terus keyakinan diri aku masa tu..
.…dannn sesi temuduga
pun berakhir….
*erm masa keluar tu
kita cakap terima kasih, dan bagi salam..senyum jangan lupa*
Finally, aku tak
dapat pun belajar kat UPSI or USM dalam bidang pendidikan. Ms ni aku gi
temuduga untuk kos pendidikan pengajian melayu (UPSI), sastera dgn pendidikan
sejarah (USM), lagi satu tu aku lupa dah. Buat apa nak igt pun kan? Bnde dah
lps and sekarang bidang aku jauh melencong dari bidang pendidikan. Tak dapat
aku penuhi hasrat mak aku yg nak sangat aku masuk UPSI. Hee. Tapi takpe, aku
percaya, pasti ada hikmahnya, rezeki aku bukan di situ.
No comments:
Post a Comment